Saturday, April 17, 2010

harapan

berhentilah berharap,
berharaplah pada yang Haq,
diberikan apa yang perlu,
diuji dengan apa yang mahu,
bukan untuk menutup kemahuan,
tetapi untuk membuka pintu kesabaran,
berusaha dengan kemahuan,
bertawaqqal dengan usaha berletihan,
bersabarlah dengan keputusan,
dengan itu lebih terasa hidup ini berTuhan,


itulah yang terbisik di hati saya apabila petang tadi apabila tahu,mahu yang diidamkan sedang melayang,,macam perkara terfikir di hati, mencuba untuk menenangkan hati dengan mengulang2 perkataan itu,,,,memujuk akal ini supaya terus waras berfikir tanpa tamsilan dari emosi yang sedang remuk,,,


sehinggalah saya terkenang2kan kehidupan yang terdahulu,di situ terasa kekuatan kembali tegar,hati mula berhenti berspekulasi,,,,,,,benarlah sejarah adalah sebuah sekolah kehidupan,,,


saya mula terfikir mungkin inilah balasan dosa2 yang terdahulu,cukup banyak dosa-dosa yang telah berlalu!!!,
dikecewakan hati untuk menundukkan kemahuan,di tundukkan kemahuan untuk mengolah kesabaran, terus saya teringat sepotong ayat yang Ustaz Tengku pernah baca di dalam kelas subjek wajib universiti Pengajian Islam,,,
Surah al-Zumar ayat 53
"katakanlah wahai hamba-hambaku yang melampaui batas(melakukan dosa),janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah"
terasa lega hati apabila menyedari keluasan rahmat Allah,,,moga2 ini suatu Rahmat kepadaku,,,Amin

1 comment:

  1. Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya k=jika kamu org2 yg beriman (ali 'imran-139)

    ReplyDelete