Saturday, April 17, 2010

budak jahat naik motor budak baik naik kereta

masih teringat zaman berkonvoi motor untuk pulang ke kampung,,,
perjalanan yg biasa memenatkan itu terubat melihat gelagat rakan2 yang bersama dengan saya,kami penuh dengan telatah dan aksi yang menghiburkan hati,,biasalah kami golongan berpendapatan sederhana nk tukar tayar motor pun saving berbulan2,,,
tapi sekarang rmai rakan2 saye yang sudah berkereta sbb dah ade karier masing,,cume saye je masih setia dengan motor putih berlogo nik aziz itu huhuhu sudah masuk 2 taun ia menjadi binatang tungganganku...alhamdulillah

kami biasa berhenti di R&R Temerloh untuk solat,mengisi minyak dan minum untuk melegakan keletihan di selit dengan senda gurau,,,kebiasaannya kami sampai di temerloh pada waktu tengahari,,,perjalanan kami biasa tidak di rancang tetapi sudah menjadi kebiasaan maka ia tampak terancang


pada hari itu keadaan di R&R temerloh memang di luar kebiasaan kerana terlalu ramai orang jadi kami duduk di kaki lima disebelah tempat kami parking motor kerana xmahu mengganggu mereka yang berkeluarga singgah di situ,,mereka lebih berhak utk mendapatkan tempat yang lebih teduh dan berbangku kerana mereka membawa anak2 yang masih kecil,,,
"seperti sebuah kisah Rasulullah S.A.W mengimamkan solat dan terdengar tangisan anak kecil lantas Rasulullah S.A.W memendekkan bacaan dalam solat Baginda,,dan setelah selesai solat, para sahabat bertanya dan Baginda menjawab yang Baginda tidak mahu ibu kepada budak yang menangis itu gelisah dalam bersolat sehingga tidak khusyuk menunaikan solat itu"
dalam bersolat pun Rasulullah tetap bertoleransi dengan haq dan kerisauan ibu2, inikan pula di R&R ini,,,kami tunaikan haq mereka sebagai saudara moga2 haq kami Allah mudahkan di kemudian hari,,,,

sedang kami rancak berbual dan bersenda,,, lalu seorang perempuan yang bertudung labuh, putih mukanya, mancung hidungnya, kami segera memperlahankan suara kerana menghormati dia yang tampak tawajjuh dlm beragama kerana mungkin dia seorang ustazah yang mengajarkan perkataan Allah,kami hormati beliau,,,

setelah dia berlalu kami menyambung perbualan seperti biasa,,, dan kebetulan air saya sudah habis,,, disebabkan desakan dahaga yang mendatang maka saya pergi ke gerai runcit untuk membeli air,,,dan di situ saya ternampak gadis bertudung labuh itu tadi sedang membeli air bersama kawannya,,,

saya masuk ke gerai itu seperti biasa dan dlm diam saya memasang telinga mendengar perbualan si gadis itu
"ish seboklah mat rempit kat depan tu rimas aku! dah la xbyr tol huhuhuhu"
kawan die tampil menambah lauk perbualan
"betul2,,,aku tgok dorg yg bawak motor tu cam nakal je, aku slalu dgr mat rempit nih jahat,,,rompak sane ragut sini"

hurm,,,,terasa kagum dengan imaginasi mereka,,,, namun olahan perbualan mereka membuatkan hati nih sedikit terluka,,,
saya tampil sedikit ke depan seperti mahu memotong mereka dari barisan ke kaunter pembayaran, dan ketika itu saya sengaja jatuh kan air kotak yang saya pegang,,,dan itu menyebabkan bucu air kotak itu sedikit cacat,,,
"mak cik kalau air kotak nih penyek mcm ni, air kat dlm still ok ke?
mak cik di kaunter menyambut
"alah selagi x bocor elok la die"
saye pun membalas kata2 makcik itu
"haah,,,pandai makcik,, macam manusia jgk kan?luaran dia dengan insan dalaman dia dengan tuhan macam firman Allah dalam  surah al hujurat-13, saya membaca ayat itu dengan sedikit terketar2(maklumlah saya bukan al-hafiz)
"orang yang paling mulia di sisi Allah di antara kamu ialah yang paling bertaqwa,,, jadi walaupun luaran buruk, jahat dan mcm mat rempit tapi taqwa dia xde org nampak,,,taqwa itu die dengan Allah,, kan cik kan?xkan la sebab xbyr tol trus kate jahat,,,,hehehe nah duit nih cik, saye nk g merempit dulu yea, saya beli,,,"
mak cik tu sedikit kebingungan dengan perbuatan saye,,,,
saya tinggalkan gerai tanpa hiraukan gadis itu dan kembali bersama-sama rakan2 yang lain,,,
pelik saye dengan pandangan gadis itu  terhadap kami,,,
pakaian kami? alhamdulillah tutup aurat siap glove lg,,
apa salah kami ea?
kacau dia pun tidak,,

biarlah mulut dan hati orang,,,
hanya tahu berspekulasi,,,
bersyukurlah kamu di murahkan rezki
mendapat tunggangan yang beratap yang ditutup rapi,,
tunggangan kami nih melenguhkan semua sendi,
alhamdulillah ini rezki kami,,
insyaallah kami tidak mendengki,,
sbb rezki ayam tampak di kaki,,
rezki kami belum tentu lagi,,,,,

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. wallahualimun bizatis sudur(dan Allah mengetahui segala isi hati)

    Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
    (At-Taubah:111)

    ReplyDelete