Saturday, April 3, 2010

bicara rindu

sepatutnya bicara ini keluar sebelum bicara kehidupan, kerana bicara kehidupan masih panjang dan byk lagi yang perlu di edit, maka didahulukan puisi bicara kehidupan yang telah tersimpan dalam handphone selama 2 tahun, tidak tahu di mana mahu di kongsi, alhamdulillah,,, berjaya juga di kongsi disini,
maka artikel seterusnya yang ingin dikongsi adalah perbincangan rindu dari sudut pandangan islam, dimana rindu ini adalah satu anugerah dari Allah, kite xpernah minta ia datang, tak pernah halau ia untuk pulang,,,,
setiap kali cinta berputik maka sahabat sejatinya iaitu rindu akan hadir,,,
harus di ingat rindu bukan hanya percaturan cinta muda mudi yang sering bermain di fikiran kita
Rasullah merindukan saudara-saudara di akhir zaman yang mengamalkan sunnahnya
Sahabat2 merindukan syurga yang dijanjikan RasulNya
Syuhada' merindukan syahid
Ulama' merindukan kebangkitan Syiar Islam

apa yang kita sendiri rindukan?
menjadi satu kerugian bagi kita merindu tanpa tujuan, kerana rindu dan cinta merupakan ramuan lengkap yang boleh menjurus kepada aksi perbuatan berani, kerana rindu dan cinta juga boleh membuatkan kita tergelincir dari landasan kewarasan yang bakal merperbodohkan akal untuk akur kepada nafsu dan membawa kepada kemaksiatan,,,
bercinta tidak salah(rujuk kembali bicara cinta)
merindu pun tidak salah jika cara kita merindu itu adalah berpaksikan syarak ugama


semasa saya di pondok pasir tumbuh, saya teringat pesanan guru mengaji saya Ustaz Din yang menegur saya ketika melihat saya asyik menonton para muslimat pondok membuang sampah pada hari jumaat
kata dia "kalau suka, terus terang sahaja dengan salah seorang dari mereka, mereka pasti membalas cinta mu",
kata-kata dia membuatkan saya bersemangat untuk bangkit dari pangkin dan ingin menuju ke arah muslimat2 itu,namun dia menarik kembali tangan saya dan tarikan itu cukup kuat untuk membuatkan saya terduduk, kemudian dia berpesan " yang senang dapat, maka senang hilang, cukuplah sekadar merindui mereka"
jiwa remaja mana yang puas jika hanya sekadar merindu detik hati kecil saya,,, saya pun membalas kata2nya "ustaz,,,,kita tak boleh duduk je dan tunggu bidadari tu datang kepada kita, zaman sekarang bukan zaman mak ayah carikan jodoh, kita sendiri kene carikan yang terbaik untuk anak2 kita, mane boleh dapat kalau setakat tgok dan merindu?
dia tersenyum melihat saya, membuatkan saya makin meluat dengan ustaz yang paling akrab dengan saya itu, sambil tersenyum dia membalas "dengan merindu kamu boleh berhimpun dengan para syuhada',,
dari Imam Suyuthi, "termasuk dalam kumpulan para syuhada' ialah orang yang mati dalam kerinduan dan menyembunyikan kerinduan itu daripada pengetahuan orang lain serta tetap memelihara kehormatan diri", siapa yang rasul paling sayang antara kita?pemuzik?pencinta sejati yang berani?semuanya bukan tetapi para adalah para Syuhada',,,kamu mahu jadi pencinta rasul dan dicintai oleh Rasul atau pencinta manusia?" saya mebalas kembali kata-katanya itu, "dah tu takkan nak jadi perindu sampai tua?"
dia tersenyum lagi dan membalas sindirin ku itu " anak muda memang lain semangatnya, patutlah rasul dimenangkan dengan pemuda di akhir zaman, amar ingatlah baik2, jodoh pertemuan semua telah tersurat pada loh mahfuz, dan itu di bawah penguasaan Allah yang juga merupakan Rukun Iman kita, kita boleh berusaha untuk mendapatkan itu dan ini, tapi untuk mendapatkan sesuatu yang mungkin "melaghokan" kita baik hindarkan, kerana kita ini amat tipis iman berbanding sahabat,iman kita ni ibarat debu dan iman mereka seperti bukit, jangan cuba bermain dengan nafsu dan syaitan kerana mereka banyak helah yang kita tidak terduga, selain usaha ada cara lain untuk kita mengubah takdir dengan keizinan Allah, iaitu doa sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Tirmizi " sabda Rasulullah "tiada yang dapat menolak takdir Allah selain doa dan tiada yang dapat menambah umur seseorang selain perbuatan baiknya",,, maka jika kamu merindui muslimat2 itu berdoalah moga jodoh kamu dengan dia hadir dan dipanjangkan, dengan cara itu kamu sudah lari dari fitnah, sudah lari dari maksiat yang mungkin dan akan terjadi, bukankah itu lebih manis? ingat amar,,,kita orang islam, ikut resmi islam, kalau kita ikut resmi orang kafir kita kedalam neraka,,hati-hati ye, jadi lihatlah apa yang amar dapat dengan hanya merindu?maka cukuplah sekadar merindu tuh"
kata-kata Ustaz Din itu saya catitkan satu persatu sebagai nota kaki pada kitab taj mulk walaupun itu bukan ulasan bagi kitab itu, dan semalam baru saya teringat dan tercari2 nota kaki itu, alhamdulillah jumpa juga sisipan itu walaupun tulisan jawi saya sukar untuk saya sendiri fahami,,


maka sahabat2ku hadirkanlah rindu dengan berhati2, hadirkanlah cinta itu wabillahi, kerana amalan2 hati ini jika tersilap langkah boleh meruntuhkan Iman kita yang telah hadir dihati sekian lama sebelum cinta dan rindu pada duniawi hadir di hati kita,,,amatlah rugi bagi kita menzahirkan kerinduan kepada perempuan bagi lelaki dan kepada lelaki bagi perempuan, kerana hal itu sepatutnya disorokkan sebaik2nya untuk kita tergolong di dalam syuhada'


wahai pemuda islam berhentilah dari lantunan cinta dan lamunan rindu yang sia2,
Cintailah Allah dan Rasulmu,
Rinduilah syahid sebagaiman para Sahabat Rasulmu,
kerana mereka lebih berhak keatas keIslaman kamu
jangan sia-siakan darah mereka yang mengalir harum di medan pertempuran selama 1400 tahun yang lalu
bangkitkanlah Islam dengan jiwa2 yang bersih
kita sudah terlalu lama tenggelam,,,
Allahuakbar!!!


No comments:

Post a Comment