Sunday, June 20, 2010

biar tiada yang tahu

alhamdulillah,, salah satu artikel dalam blog ini terpilih untuk di siarkan dlm salah satu ruangan diskusi,,,ahli2 diskusi disana hebat2 belaka, terasa terharu hasil tangan ini di hargai, seumur hidupku itulah kali pertama mata-mata tertumpu pada susunan kata2ku,,,ku panjatkan beribu syukur buat mu Ya Illahi,,

tetapi bertalu2 pertanyaan dari rakan2 kepada saye,
kenapa tidak diletakkan nama blog tempat asal artikel itu?
kenapa guna nama hamba allah?
kenapa dan kenapa dan kenapa,,,

sahabat2 pembaca, terima kasih di atas keprihatinan mu itu, saya amat2 menghargai pertanyaan anda semua, sesungguhnya mukmin itu bersaudara, dan sifat prihatin itu menunjukkan anda adalah mukmin,, alhamdulillah, moga kita dikekalkan dalam nikmat iman dan islam serta terus berpanjangan persaudaraan ini,

sahabat2 pembaca,
saya ini lemah, dan pengahayatan islam dalam kehidupan saya masih lg dangkal, ilmu saya pun tidak setinggi manapun, yang serpih sedikit ini dikongsi, saya ini masih lagi budak kecik yg ingin belajar berdiri, belum pandai berlari, biarlah hasil dari jari2 ini tidak diketahui, kerana takut bangga diri, takut apa yang ditulis tidak di amal oleh diri sendiri,,,, kerana itu cukuplah sekadar berkongsi, xperlu dilebihi,,,

surah at takathur ayat 8: kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan(yang kamu megah2kan di dunia itu)

6 comments: