walau bagaimana, walau dimana, walau sebesar mana, walau sekecil mana, itu lumrah hidup kita sebagai hamba,,,,
Tuesday, March 30, 2010
bicara kehidupan
Saturday, March 27, 2010
bicara cinta



kerana cinta itu juga sebenarnya pewarna kepada kehidupan manusia, jika kita mencalitkan warna itu semborono maka hasilnya adalah lukisan yang comot dan tiada nilai,bakal dibuang atau di padamkan, lain hasilnya jika kita mencalit warna cinta dengan halus dan berpadukan dustur Illahi,maka ia bakal menjadi karya agung yang tidak ternilai, bakal ditempatkan di muzium dan menjadi tatapan keramaian

jika Alquran boleh berbicara sudah pasti dia berkata "wahai manusia janganlah terlalu dangkal dan cetek mendefinasikan cinta,lihatlah ke dadaku Allah telah memuatkan beberapa kisah cinta untuk kamu, datanglah kepadaku,telaahlah diriku ini!!!" sedar atau tidak itulah yang terkandung di dalam Kalamullah,kisah cinta Agung buat renungan kita yang telah Allah turunkan untuk kita cedok iktibarnya dan pengajarannya antaranya ialah kisah Adam dan Hawa, perebutan cinta Habil dan Kabil, cinta Ibrahim, Sarah, dan Hajar, cinta Yusuf dan Zulaikha, Musa dan Syafura dan cinta Muhammad dan Aisyah.
dalam islam,,, cinta itu samada cintakan Allah ataupun cinta kerana Allah, dimanakah tempat cinta kita? jika tidak termasuk dalam kategori ini, maka cinta kita adalah kerana nafsu dan bakal melemahkan kita(pemuda), jika para pemuda lemah, maka lambat lagi syiar islam bakal bangkit kerana untuk bangkitkan islam di akhir zaman ini ia berkadar lansung dengan kebangkitan pemuda islam,,,kebangkitan kita telah lama dinanti oleh pemburu kebangkitan islam seperti syed ahmad yassin, dr yusuf al qardhawi, syed qutb dan ramai lagi ulama' kontemporari, jika hari ini kita tidak bangkit maka kita pula yang akan menanti dan kita akan sentiasa berada di tepi, menjadi kuli percaturan zionis yahudi laknatullah
maka jika takut cinta yang terjalin itu bakal dijajah dengan syaitan dan nafsu, percepatkanlah nikah, maka dia halal bagimu untuk bersentuhan, jauh daripada fitnah, seperti firman Allah:
“Istri-istrimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam.” (QS. Al-Baqarah 2 : 223)
wallahua'lam bissawab