Tuesday, March 30, 2010

bicara kehidupan


kehidupan satu permulaan,
kelansungan hidup satu cabaran,
cabaran sentiasa dijodohkan dengan pengajaran,
pengajaran tentulah amat menggetirkan,
getir, takut, letih
akan membawa diri kepada tuhan,
kerana itu semua adalah kurniaan tuhan,
kepada mereka yang berfikir akan sesuatu kejadian,
kurnian tuhan itu adalah kesabaran,
kurnian tuhan ini adalah ketaqwaan,
alangkah indah aturan tuhan?
supaya kita sentiasa ingat kita adalah insan,,
insan yang sentiasa dibawah tuhan,,,,,

Saturday, March 27, 2010

bicara cinta

bicara cinta tak pernah lepas dari mulut para syabab, fenomena yang sentiasa berlaku walau dimana pun, ketika di pondok, kami selalu tentang berbincang perempuan yg bertudung litup, solehah, memiliki senyuman yang manis, sentuhan yang boleh melembutkan hati, yang boleh tukarkan rumah kepada syurga duniawi













lain pule di universiti, mata sentiasa tertumpu pada perempuan yang hot, yang memiliki tubuh lansing, bertumit tinggi, ala barat sedikt pun ade, tidak perlu dirungkaikan byk kerana ia bakal memakan ruang,,,

namun itulah angan2 para syabab yang tidak berpenghujung,







bercinta adalah satu beban yang memenatkan, putus cinta adalah satu gejala yang boleh melemahkan,,,

jika kita lihat dari aspek sosial, byk gejala yang berpunca daripada cinta,,,kerana cinta melibatkan jiwa yang boleh merobek kewarasan,,jadi salahkah bercinta?













jangan pernah salahkan cinta,,,


kerana cinta itu hanyalah perasaan, cinta tidak boleh bersuara, tidak pernah berbicara, tidak pernah menyuruh kamu memegang tangan si dia yang haram bagimu, tidak pernah memaksa kamu menidurinya,,,,itu adalah bisikan syaitan dan lantunan syahwat,,,Dato' Fadzilah Kamsah pernah berkata "bercinta tidak semestinya 'dating', cukup sekadar ber'sms' dan telefon,jika kerana cinta kamu pegang tgn si dia yang haram bagi kamu maka itu adalah pembohongan yang terbesar dibuat kepada dirimu dan si dia"


kerana cinta itu juga sebenarnya pewarna kepada kehidupan manusia, jika kita mencalitkan warna itu semborono maka hasilnya adalah lukisan yang comot dan tiada nilai,bakal dibuang atau di padamkan, lain hasilnya jika kita mencalit warna cinta dengan halus dan berpadukan dustur Illahi,maka ia bakal menjadi karya agung yang tidak ternilai, bakal ditempatkan di muzium dan menjadi tatapan keramaian


jika Alquran boleh berbicara sudah pasti dia berkata "wahai manusia janganlah terlalu dangkal dan cetek mendefinasikan cinta,lihatlah ke dadaku Allah telah memuatkan beberapa kisah cinta untuk kamu, datanglah kepadaku,telaahlah diriku ini!!!" sedar atau tidak itulah yang terkandung di dalam Kalamullah,kisah cinta Agung buat renungan kita yang telah Allah turunkan untuk kita cedok iktibarnya dan pengajarannya antaranya ialah kisah Adam dan Hawa, perebutan cinta Habil dan Kabil, cinta Ibrahim, Sarah, dan Hajar, cinta Yusuf dan Zulaikha, Musa dan Syafura dan cinta Muhammad dan Aisyah.

dalam islam,,, cinta itu samada cintakan Allah ataupun cinta kerana Allah, dimanakah tempat cinta kita? jika tidak termasuk dalam kategori ini, maka cinta kita adalah kerana nafsu dan bakal melemahkan kita(pemuda), jika para pemuda lemah, maka lambat lagi syiar islam bakal bangkit kerana untuk bangkitkan islam di akhir zaman ini ia berkadar lansung dengan kebangkitan pemuda islam,,,kebangkitan kita telah lama dinanti oleh pemburu kebangkitan islam seperti syed ahmad yassin, dr yusuf al qardhawi, syed qutb dan ramai lagi ulama' kontemporari, jika hari ini kita tidak bangkit maka kita pula yang akan menanti dan kita akan sentiasa berada di tepi, menjadi kuli percaturan zionis yahudi laknatullah

maka jika takut cinta yang terjalin itu bakal dijajah dengan syaitan dan nafsu, percepatkanlah nikah, maka dia halal bagimu untuk bersentuhan, jauh daripada fitnah, seperti firman Allah:

“Istri-istrimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam.” (QS. Al-Baqarah 2 : 223)

wallahua'lam bissawab

Thursday, March 4, 2010

assalamualaikum,,,lailahaillallah huwallah huakbar



rodhi tu billahirabba,
wabil islamidina,
wabimuhammadin nabiyyan wa rasula,
redha lah aku Allah itu tuhanku,
dan islam itu agamaku,
dan Muhamad itu nabiku,,

niat untuk menukilkan tulisan ini bukan untuk membetulkan org lain, kerana saya masih berusaha untuk membetulkan diri untuk berada bersama2 para syuhada', anbiya' dan para pewaris akhlak nabi...

"Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya." -alinsan ayat 6-
diluar sana saya bukan ustaz, bukan pelajar aliran agama, dan juga bukan seorang yang alim, saya hanya org biasa yg boleh dipandang sebelah mata dan kadang2 org tak terpandang pun kehadiran saya,huhu biasa la kita tidak berketayap dan berserban
wallahua'lam,,,
p/s betulkan saya nasihatkan saya jika ada yang tersalah,,,